penang maghi (Last Day)
sambung cerita aku kat penang, esok tu kami bangun kemas kemas semua pastu kami pun gerak dari rumah abang aku pi pulau sebab nak makan nasi kandaq kampung melayu. review yang boleh aku bagi kedai ni kuah kari dia main kesedapan dia and bagi aku kedai deen maju tu sedap lagi tapi best dia kedai ni beratuq dia tak panjang and roti canai dia puaih.
dah habis kami isi perut, kami pun gerak ke bukit bendera. orang kat bukit bendera ni pun ramai tak sangga. alhamdullilah selepas lama menuggu unutk naik kami pun sampai la kat atas bukit bendera ni. waktu kami sampai tu kat atas ni berkabus and rasa sejuk ja, view dia pun lawa memang nyaman ja rasa.
dah tengahari kami pun pi masjid yang ada kat atas ni untuk solat. waktu ambik ayaq sembahyang rasa ayaq kolah dia pergh sejuk nyaman. lepas dah solat kami pun pusing kat atas tu tengok apa yang ada pastu turun. nak turun tu agak seksa sebab kena beratuq panjang, tapi nasib baik boleh tukaq tukaq orang untuk beratuq and view kat tempat beratuq tu pun lawa boleh la tangkap gambaq buat kenangan. beratuq punya lama sampai la kami punya giliran untuk turun. hari pun dah petang kami pun beransur pulang.
walaupun dua hari ja pegembaraan kami ni tapi rasa dia sangat la seronok dan akan aku repeat satu hari nanti. jumpa lagi di blog akan datang!
Comments
Post a Comment