Perusahaan tanaman naga pt. 1
Pertama sekali, assalamualaikum & salam sejahtera kepada yg sudi membaca. Entry kalini akan mengisahkan pengalaman aku sendiri dlm usaha utk membangunkan perusahaan tanaman naga yg dilakukan oleh keluarga aku. Secara ringkas utk kalini aku akan berkongsi cara cara bagi menanam pokok naga.
Langkah pertama utk menanam pokok ini adalah dgn memilih batang drpd pokok yg lebih tua. Ini kerana keratan batang merupakan cara bagi pokok ini bagi mengembangkan populasinya. Salah satu petua supaya pokok yg akan ditanam dpt tumbuh dgn subur adalah dgn memilih batang pokok yg pernah berbuah sebelumnya.
Setelah deteliti dgn baik, batang pokok ini akan dipotong dgn kepanjangan sekitar 2-3 kaki panjang.
Setelah itu, sepasang batang pokok ini akan diletakkan di setiap tiang dimana pokok ini akan ditanam. Tiang utk menanam pokok ini diperbuat drpd batang paip yg ditanam sedalam tiga kaki seterusnya diisi dgn simen di dlmnya supaya tiang itu mampu utk kukuh berdiri.
Kerja kerja merumput akan dilakukan sekitar satu kaki di sekeliling tiang tersebut bagi mengelakkan tumbuhan lain drpd menjalar kpd pokok naga yg akan ditanam. Pokok naga itu kemudiannya ditanam di tiang tersebut dan dililitkan dawai di sekitar batangnya bagi mengelakkan pokok tersebut drpd tumbang ke tanah sebelum akarnya menjalar. Sekian sahaja utk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.
Comments
Post a Comment