Proses penyembelihan binatang korban

 Assalamualaikum & salam sejahtera kepada teman teman yg dihormati mahupun tidak heheheh. Gurau ja bah. Jadi kalini aku nak menceritakan pengalaman yang dilalui semasa hari pertama hari raya korban dimana peristiwa penyembelihan korban berlaku.

So seperti yang umum diketahui oleh masyarakat muslim sedunia bahawa seekor lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian utk korban ini. Perkara pertama yang berlaku pada pagi penyembelihan tersebut adalah menunggu kedatangan pembeli kepada 7 bahagian tersebut utk tiba ke lokasi penyembelihan. 

Seterusnya bermulalah proses akad diantara penjual dgn pembeli bahagian daging korban tersebut.

Sejurus selesainya proses akad tersebut. Disembelihlah binatang yg diniatkan utk korban tersebut dimana jika korang lihat disini merupakan seekor lembu yg dh cukup umur. Setelah itu, mereka menunggu sehingga hayat lembu tersebut tamat dimana tiada lagi pergerakan oleh lembu tersebut. Maka bermulalah proses bagi melapah daging lembu tersebut.

Setelah selesainya proses melapah, jenis bahagian lembu itu diasingkan sebelum dibahagikan sama rata kpd 7 bahagian. Antara jenis bahagian adalah daging, hati & limpa, perut dan juga rusuk. Jenis bahagian tersebut dibahagi dgn menggunakan penimbang bagi memastikan setiap pembeli mendapat daging yg sama rata. Setelah selesai semua pembahagian tersebut, para pembeli akan memilih mana mana satu bahagian drpd tujuh bahagian tersebut utk dibawa pulang. Sekian sahaja utk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.



Comments

Popular posts from this blog

Jom Masuk GUA...(Part 1)

ONE PIECE

F.R.I.E.N.D. (PART 2)